Followers

Sunday, December 2, 2012

Tahniah Ustaz Azhar Idrus! SEJUTA LIKES!!!


Salam dan Selamat Petang ^_^

Tahniah buat Ustaz Azhar Idrus, peminat beliau dan para pengemar ilmu-ilmu akhirat. Ini kerana semalam selepas jam 12mlm fanpage rasmi facebook Ustaz Azhar Idrus (original) telah mencapai lebih dari SATU JUTA LIKES. Ini adalah pencapaian yang sangat2 bagus, lagi2 beliau adalah tokoh agamawan sekarang ini, dan kebanyakan yang LIKE dan suka bertanya soalan agama di situ adalah para belia dan remaja.



Pendekatan santai dan bersahaja beliau dengan orang muda dan masyarakat menyebabkan ramai menjadi pengikut setianya di dalam ceramah, kuliah dan tazkirah agama islam. Tak juga di lupakan dia juga amat terkenal di kalangan photographer kerna hobinya juga berkongsi gambar2 mengenai alam dan mengingati hikmah dari Ilahi. Sekarang UAI juga bergiat mengajak orang muda bersantai bersama2 (dan juga mendengar tazkirah agama) bermotorsikal pula (hehe..sejak beliau membeli sebuah motorsikal KTM DUKE). Beliau juga beberapa kali menganjurkan santai berbasikal di kuala lumpur, itu juga antara hobi menarik beliau.

Rasanya tiada orang yang paling popular dengan loghat pekat terengganu melainkan beliau, dan nukilan nakalnya sentiasa menjadi tumpuan orang ramai. semoga Allah SWT memberkati usaha UAI dan juga para peminat & Crew2 beliau.

*hari ini dah lebih sejuta lapan ratus orang LIKE beliau di fb...barakallah buat semua yang menyokong gerakan Islamiah :)





well..ini pic lego of the day..huhu :3


No comments:

Post a Comment