Followers

Friday, November 30, 2012

Menang bukan segalanya...

Salam & Selamat Sejahtera semua :)


"To Win is not To Win?"



Banyak yang mengatakan bahawa menang itu adalah tujuan utama dan ianya bagus menjadi yang pertama dan berjaya di dalam perlumbaan. Namun adalah benar menang itu bermaksud di hadapan? atau pun bermaksud "aku miliki nya sekarang?". Ada kah masih wujud kita harus kalah dahulu baru menang atau pun wujudnya menang dan menang sampai ke akhirnya?

Apa yang di bimbangkan adalah apa yang kita perolehi selepas menang itu. Ujian dan dugaan lagi berat mendatang dengan kemenangan itu, mampukah kita memenanginya lagi?. Tidak kah hanya berpuas hati dengan memerhatikan kemenangan itu sahaja pada orang lain?

Menang dan berjaya itu sifat Ilahi, rasa itu hanya cebis dari rasa nikmat yang di dugakan kepada hambanya. Dan adalah kita masih mahu berdabik dada dengan kemenangan sedangkan segala pujian itu hanya UntukNya? Untuk apalah kemenangan itu jikalau hakikatnya kita sentiasa kalah di dalam perjalanan ini...


*harap pasukan bola sepak nasional Malaysia berjaya malam ini, namun jangan mabuk kan diri dengan kemenangan dan jaga akidah di dalam menyokong. Ramai-ramai bergema untuk menyorak kemenangan namun berapakah yang akan bergema memuji ilahi. Wallahualam...


No comments:

Post a Comment