Followers

Sunday, July 17, 2011

Saya muncul di MHI TV3 pagi ini!

Salams semua :D

posting ini adalah untuk menunjukan video yg sempat saya record sebentar tadi (guna bb je..audio slow..). Terima kasih buat Syawal (reporter n crew MHI TV3) dan juga abang cameraman sempoi coz berikan peluang ini untuk dedahkan bidang rekabentuk kenderaan dan kemampuan pelajar UiTM FSSR.
Ia bersiaran dalam 7.30am pagi tadi..dan video ini untuk tatapan anda yang terlepas :)



*comei-comel je kan saya dan jebat yg bersize kompak cute ni dlm tv...hikhikhik

sedikit selingan projek mendatang :)

Salams dan selamat subuh semua :)

takde apa sgt nak di postkan utk masa skrg (kemarin sibuk dgn shooting tengahari tadi utk slot MHI pagi ini dan waktu petangnya pergi ke KLCC utk event aspire itu), sy sedang bertumpu work post production utk 1st vlog Digital Art Solution Sdn Bhd yakni syarikat milik Syam dan Azmizi (miji or mijue). Ini adalah sedikit bloopers ketika recording utk intro vlog syarikat itu :). kali ini sy sebagai host dan juga tukang edit video shj ^_^!



*huhu..jgn lupa saksikan sy di MHI hari ini selepas 7.15am hingga 9am. tatau waktu sebenarnya mereka akan tunjukan interview terhadap rekabentuk sy itu... T_T

Tuesday, July 12, 2011

Versi saya tersendiri untuk Konsep Proton Tuah

Salam dan Selamat Tengahari Semua :)

Sudah dekat seminggu tiada posting baru kerana sedikit sibuk dengan hal2 sekian2 :D. Posting ini adalah untuk berkongsi idea saya terhadap konsep proton tuah 'jikalau' ia di produksikan (persona-R?). saya cuba 'refine' kan rupa hadapannya mengikut sesedap rasa fahaman design saya. maka ini lah hasilnya :). insyallah jikalau tidak keberatan sy akan cuba renderkan yang ini kerana tidak pernah lagi cuba merender 'full sedan look' di sebabkan asyik render hatchback dan sport car sahaja..huhu


perbandingan dengan konsep asal tuah :)

adakah ok?

Wednesday, July 6, 2011

all day doodles...

Salams and good evening to all :)

nothing much to post except maybe some of my doodles that im trying to practice each day... there are among of them...






btw im going to uitm merbok kedah this friday night, its been almost 5 years i havent been there..hows thing doing there? huhu....so will be not blogging for about..3 or 4 days i think :P

Monday, July 4, 2011

Entry Saya dan Zain utk Car Design Battle di Autostylista bulan ini :D

Salams Semua

ini adalah rendering yang telah saya touchup sedikit untuk kemasukan battle rekabentuk kereta pada bulan ini di group Autostylista Facebook. Namanya Proton RZ yakni gabungan nickname kami dan ia di targetkan sebagai pencabar utama terhadap Toyota IQ sekarang ini. Warna orennya sebegitu energetik sesuai dengan rekabentuk membelah ombak ini juga di sertakan dengan idea teknologi performance yg bagus dari upcoming engine Y proton yang di suntik tenaga hembusan turbo bagi memantapkan lagi keseleluruhan pakej ini. Namun kereta ini adalah hanya 2 seater dan hanya sesuai untuk ronda2 nakal di tgh malam di kotaraya :P

anda boleh mengundi rekabentuk ini di facebook Autostylista


sekian terima kasih :)

Saturday, July 2, 2011

Proton EVx versi Laju-Laju :D

Salams dan Selamat Malam semua :D

Tak sabar rasanya untuk upload rendering saya yang tak sudah lagi ini yg telah di renderkan boleh Zane Azrai sebentar tadi. Stroke dan gaya renderingnya sangat2 memberikan nyawa dan soul kepada design ini :) dan saya suka kan nya :D

ini lah hasilnya apa bila berkolerberasi :D (betul ke tak aku eja?)

ini adalah yg asalnya yang saya tidak meneruskan merender sehabis nya :D

idea ini adalah salah satu variasi konsep Proton EVx yang dahulu saya tunjukan :)

Green Cross Concept

Salams and good day :)

Ini adalah dua rendering profile yang terlepas pandang hari itu untuk di pertontonkan. Rekabentuk profile ini adalah sebuah kereta 'cross usage' yakni ia adalah kereta hatchback biasa dan juga sebuah SUV kecil kerana level ketinggiannya agak tinggi sedikit seperti Suzuki SX4 atau pun VW Polo Cross. Rekabentuk yang saya cuba lakukan ini adalah lebih kepada rupa styling hybrid di bahagian hadapannya dan mana kala pada bahagian seterusnya lebih kepada styling kereta biasa skrg ini :). Rekabentuk pintu belakang itu adalah 'pintu separuh' seperti terdapat pada Mazda RX-8 dan ianya di buka secara 'membunuh diri/suicide' yakni bukaan berlawan arah daripada pintu kereta biasa.

Konsep pertama adalah yang berwarna hijau penuh ini yang memaparkan wheelbase compact 2400mm seperti Proton Saga BLM, namun rekaan ini tidak bersandarkan kepada mana2 branding :).

Konsep kedua atau pun variasi kedua ini adalah versi lebih 'sukan dan persembahan hebat' (sport n performance). Ianya di gayakan dengan skirting berefek karbon fiber dan di warnakan secara 'tone berdua' yakni di bahagian atas mempunyai efek karbon fiber juga. Tidak lupa sebuah rear spoiler untuk meyakinkan lagi peminat sukan lumba. Lampu belakangnya juga di berikan efek yang lebih bersukan :)


rendering ini lebih bersikap eksplorasi sahaja akan gaya hibrid dan cubaan mensukan kan nya :)