Followers

Saturday, July 2, 2011

Green Cross Concept

Salams and good day :)

Ini adalah dua rendering profile yang terlepas pandang hari itu untuk di pertontonkan. Rekabentuk profile ini adalah sebuah kereta 'cross usage' yakni ia adalah kereta hatchback biasa dan juga sebuah SUV kecil kerana level ketinggiannya agak tinggi sedikit seperti Suzuki SX4 atau pun VW Polo Cross. Rekabentuk yang saya cuba lakukan ini adalah lebih kepada rupa styling hybrid di bahagian hadapannya dan mana kala pada bahagian seterusnya lebih kepada styling kereta biasa skrg ini :). Rekabentuk pintu belakang itu adalah 'pintu separuh' seperti terdapat pada Mazda RX-8 dan ianya di buka secara 'membunuh diri/suicide' yakni bukaan berlawan arah daripada pintu kereta biasa.

Konsep pertama adalah yang berwarna hijau penuh ini yang memaparkan wheelbase compact 2400mm seperti Proton Saga BLM, namun rekaan ini tidak bersandarkan kepada mana2 branding :).

Konsep kedua atau pun variasi kedua ini adalah versi lebih 'sukan dan persembahan hebat' (sport n performance). Ianya di gayakan dengan skirting berefek karbon fiber dan di warnakan secara 'tone berdua' yakni di bahagian atas mempunyai efek karbon fiber juga. Tidak lupa sebuah rear spoiler untuk meyakinkan lagi peminat sukan lumba. Lampu belakangnya juga di berikan efek yang lebih bersukan :)


rendering ini lebih bersikap eksplorasi sahaja akan gaya hibrid dan cubaan mensukan kan nya :)

2 comments:

  1. huhu...maybe ada kebenaran kata2 anda itu kerana rendering ini di buat antara masa menyudahkan rendering profile neo putra itu hari..hihi

    ReplyDelete