Followers

Thursday, November 29, 2012

Perlumbaan hidup?

Salam Semua :)


"lets ave a race?"


Kehidupan ini satu perlumbaan sebenarnya. Dari benih ayah kita sehinggalah belajar berjalan ta-teh ke ibubapa kita itu adalah perlumbaan. Dari kedudukan tempat di dalam kelas dan pelajaran sehinggalah ke bidang kareer kerja. Semuanya berlumba, hanya yang membezakan nya adalah berlumba itu baik atau tidak caranya.

Adanya antara kita berlumba dengan rakan terdekat, dan ada juga berlumba dengan musuh-musuh. Adakah berlumba itu menggunakan kenderaan atau kudrat badan sendiri? atau pun sebenarnya menggunakan otak dan kecekalan hati? Namun tak semuanya pelumba, ada juga yang hanya menonton dan berlumba mata melihat sahaja.

Garisan penamat kita sudahlah pasti kematian. Dan bila di alam barzah maka sedarlah itu lah hentian terakhir kita sebelum akhirat. Namun adakah kita pemenang di hujung itu? atau pun sekadar laju memenanginya namun tiada kemanisannya..wallahualam...

*ketika lelah..ambil lah nafas seketika dan selepas rehat teruskan perlumbaan anda...insyAllah.


 

No comments:

Post a Comment