Salam & Good Night Everyone :)
"I used to dream to be a bio-engineering-kinda-scientist"
Bercakap tentang cita-cita semasa kecil dahulu :)
Semasa kecil kita semua pasti punyai cita-cita yang hebat atau impian ingin berkerja seperti seseorang yang kita sukai/idolakan. Namun bila sudah dewasa matang ini adakah kita mengekori cita-cita itu? rasanya tak ramai kan...samalah seperti saya yang pernah bercita-cita menjadi seorang saintis jurutera biologi kerna kagum dengan teknik pengklonan dinosaur di dalam Filem Jurassic Park..huhu...
Namun sekarang sudah berubah setelah saya menyedari (dari umur belasan) akan minat kecenderungan saya terhadap melukis dan rekabentuk. Dan apabila pertama sekali melihat seorang pembuat model rekaan kereta konsep (di website cardesignnews.com) maka saya mahukan itu sebagai kerjaya saya ia itu merekabentuk kenderaan di masa hadapan. Namun hakikatnya di Malaysia ia tak semudah itu untuk berkerja di jawatan sedemikian, ianya sangat2 sukar dan perlukan seseorang yang benar2 hebat dan tawakal.
Namun sempatlah juga saya berkerja sekejap sebagai junior car design stylist (pereka gaya kereta junior) di sebuah syarikat tempatan awal tahun ini :), namun setelah meletakan banyak fikiran penting dan fokus hidup maka saya membuat keputusan untuk beralih ke alam akademik pula sebagai kerjaya. Mana tau dapat pula saya melatih dan mengajar bakal pereka kenderaan di masa hadapan InsyAllah.
*sebenarnya sudah lama tidak membuat car rendering, agak ketiadaan mood dan tiada nyala rasa untuk membuat satu rekaan yang baharu..insyallah sebelum akhir tahun ini akan siap satu rendering berserta tutorialnya untuk di kongsi dengan peminat-peminat rekaan kereta lokal :D
No comments:
Post a Comment