Followers

Saturday, June 25, 2011

Rendering yang masih dalam selenggara sekarang ini :P

Salams dan Selamat Pagi semua :)

Sebenarnya saya akan tidak berblog untuk 3 hari mendatang kerana pulang ke kampung ayahanda saya di Jeli Kelantan untuk Tahlil 40 hari arwah tokmok (nenek) saya. Di jangka dalam jam 10 pagi nanti baru saya bertolak bersama2 keseluruh keluarga dari Shah Alam ke Jeli Kelantan melalui jalan Gua Musang. btw, ayah saya orang kelantan dan mak saya orang terengganu, tetapi IC sy Terengganu hihi...saya ini 'bereh' berloghat tranung atau klate :D

Sedikit kerja untuk di pra tontonkan sekarang adalah dua renderingrekabentuk kereta Proton (idea untuk Penganti Savvy versi 2 dan 4 pintu yang lagi baharu) yang sedang di pulun dengan penuh belaian kasih sayang, kadang2 bila idea stuck itu saya akan hold on dahulu dan cari kembali mood untuk meneruskan rendering ini.

idea untuk penganti Savvy 4 pintu yang masih belum masuk proses pengcahayaan dan pembayangan di dalam Adobe PhotoShop.

idea Savvy 2 pintu coupe versi lumba tetapi sopan yang masih belum di lukiskan rim dan tayar nya dan banyak lagi detailing belum di masukan. Saja gatal nak hitam kan dahulu part2 yang tertentu.




aha...lupa pula nak update tentang lawatan sambil belajar saya dengan Jebat ke Booth Proton di expo GLC di KL convention center (bukan kat shopping mall tu la dei...), nanti bila pulang dari kampung saya pasti updatekan ia dgn gambar2 yg best :D (malas lagi nak transfer dari handphone yang terlalu canggih saya itu)

so untuk sekarang lihatlah wajah saya yang menyenyeh di booth proton yang telah di ambil oleh staff booth proton semalam (hehe..ada dlm album FB proton gambar ni...glammer gitu?)
btw itu kunci electronic FaceBook Proton Like, cuba sesentuhkan ia di booth proton tiap kali ada event sperti ini dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dari Proton. (ciss..ape la bagi ipad 2 sikit sangat..bagi la satu hari 10 bijik ke..ada gak la aku menang..huhu)

ok..wasalams semua ^_^!

No comments:

Post a Comment