Followers

Monday, November 12, 2012

Car Design Rendering Tutorial #01

Salam & Selamat Malam Semua :D

untuk entry kali ini saya paparkan teknik dan cara progress rendering/mewarnakan/melukis sebuah kereta yang juga pernah saya paparkan di group Autostylista pada tahun lepas rasanya. cuma entry ini lebih jelas dan di kemas kini :). hasil kerja ini di buat sepenuhnya di dalam Adobe Photoshop CS3 namun versi lain juga boleh. :)

aha...jangan lupa lawati page facebook saya ok :D (click sini yer)

tutorial ini di dalam  bahasa melayu, please translate it into English if you are preferring English as a your main language medium. 


Langkah Pertama:
1. sketch kereta itu menggunakan pen tool dengan brush stroke seperti tutorial sebelum ini. bagi memudahkan tugasan mewarnakan maka di harap setiap hujung garisan itu bertemu dan tertutup agar mudah tugasan memenuhkan warna (color fill in) 

Langkah Kedua:
1. masukan warna asas pada lineart tadi. di sini saya telah memilih warna merah sebagai warna asas saya. jangan lupa ini harus di lakukan pada layer baru di atas layer lineart di atas, namakan layer warna asas ini "base color".
2. warnakan juga bahagian2 seperti cermin besar atas itu, di sini saya gunakan fungsi gradient agar saya awal-awal dapat merangka dari mana sumber cahaya itu datang untuk memudahkan tugasan "hiliting" (mencerahkan kawasan yang timbul). 

3. pada gambar ini saya telah selesaikan mewarnakan hampir semua bahagian yang perlu. cuma pada lampu belakang itu saya biarkan dahulu kerana saya mahu warnakan ia pada peringkat "detailing". di sini juga saya telah ter-hilitekan sedikit bentuk lampu hadapan itu. 

Langkah Ketiga:
1. ini adalah peringkat "hilite" ia itu menaik serikan atau menjelaskan kawasan mana yang seharusnya lebih cerah terhadap hala tuju cahaya dan juga pantulan cahaya pada permukaan kereta ini.
2. di sini saya menggunakan setting "airbrush" dengan warna putih untuk tujuan hilite. haruslah di ingati bahawa ini perlu di lakukan pada layer baru di dalam list layer photoshop anda itu dan diberikan nama "hilite" untuk memudahkan pengendalian nya.
3. sila gunakan fungsi masking daripada pen tool line creation untuk kekemasan meng-hilite-kan kereta ini. 

Langkah KeEmpat:
1. Ini adalah peringkat "shadowing" layer atau refleksi bayangan. Buat satu layer baru ini untuk tujuan mewarnakan kawasan yang gelap (dimana ianya berlawanan dgn kawasan bercahaya terang).
2. di sini saya menggunakan opacity yang rendah pada berus airbrush saya itu kerana konsep keseluruhan mewarnakan kereta ini agak cerah. oleh itu ia tiadalah kawasan terlalu gelap melainkan pada bahagian dalam pada tayar dan grill kereta ini.
3. di dalam interior kereta ini saya telah memberikan sedikit bayangan kerusi dan dashboard top agar ianya lebih realistik kononnya.

Peringkat Akhir:
1. Ini adalah peringkat "detailing" ataupun keperincian. layer baru juga harus di lakukan untuk tujuan ini  bagi memudahkan pengendaliannya.
2. banyak perkara yang saya tampal dan crop dari gambar lain untuk tujuan persembahan rendering ini seperti mesh grill di hadapan hood dan bumper itu, rim rekaan di dalam software 3D (rekaan saya 100%), inner part lampu hadapan yang di copy dan crop dari lampu racing golf dan juga topmark Logo Proton itu.
3. apabila sudah tugasan menampal dan mengkemaskini kan tampalan itu maka saya buatkan satu layer baru demi reka dan melukis side miror berefekkan karbon fiber itu. efek karbon fiber ini juga saya aplikasikan pada bumper hadapan itu.
4. sesudah siap melukis/rendering ini maka bolelah menambah background yang bersesuaian seperti pada gambar terakhir di bawah ini :)

sekian terima kasih, jikalau ada pertanyaan silalah komen or PM saya :)






4 comments:

  1. perghh mantap la tak mampu aku nk buat cmni :) kagum betul :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...ambe hanya pandai dgn mouse je...sebenarnya nak gak buat macam yg kat sketchbook pro guna touchscreen tapi tu la..dah terbiasa dgn layer2 gini je...huhu

      Delete
  2. hebak deme.. nextime buat video pulak.. :D

    ReplyDelete