Followers

Friday, November 30, 2012

Menang bukan segalanya...

Salam & Selamat Sejahtera semua :)


"To Win is not To Win?"



Banyak yang mengatakan bahawa menang itu adalah tujuan utama dan ianya bagus menjadi yang pertama dan berjaya di dalam perlumbaan. Namun adalah benar menang itu bermaksud di hadapan? atau pun bermaksud "aku miliki nya sekarang?". Ada kah masih wujud kita harus kalah dahulu baru menang atau pun wujudnya menang dan menang sampai ke akhirnya?

Apa yang di bimbangkan adalah apa yang kita perolehi selepas menang itu. Ujian dan dugaan lagi berat mendatang dengan kemenangan itu, mampukah kita memenanginya lagi?. Tidak kah hanya berpuas hati dengan memerhatikan kemenangan itu sahaja pada orang lain?

Menang dan berjaya itu sifat Ilahi, rasa itu hanya cebis dari rasa nikmat yang di dugakan kepada hambanya. Dan adalah kita masih mahu berdabik dada dengan kemenangan sedangkan segala pujian itu hanya UntukNya? Untuk apalah kemenangan itu jikalau hakikatnya kita sentiasa kalah di dalam perjalanan ini...


*harap pasukan bola sepak nasional Malaysia berjaya malam ini, namun jangan mabuk kan diri dengan kemenangan dan jaga akidah di dalam menyokong. Ramai-ramai bergema untuk menyorak kemenangan namun berapakah yang akan bergema memuji ilahi. Wallahualam...


Thursday, November 29, 2012

Perlumbaan hidup?

Salam Semua :)


"lets ave a race?"


Kehidupan ini satu perlumbaan sebenarnya. Dari benih ayah kita sehinggalah belajar berjalan ta-teh ke ibubapa kita itu adalah perlumbaan. Dari kedudukan tempat di dalam kelas dan pelajaran sehinggalah ke bidang kareer kerja. Semuanya berlumba, hanya yang membezakan nya adalah berlumba itu baik atau tidak caranya.

Adanya antara kita berlumba dengan rakan terdekat, dan ada juga berlumba dengan musuh-musuh. Adakah berlumba itu menggunakan kenderaan atau kudrat badan sendiri? atau pun sebenarnya menggunakan otak dan kecekalan hati? Namun tak semuanya pelumba, ada juga yang hanya menonton dan berlumba mata melihat sahaja.

Garisan penamat kita sudahlah pasti kematian. Dan bila di alam barzah maka sedarlah itu lah hentian terakhir kita sebelum akhirat. Namun adakah kita pemenang di hujung itu? atau pun sekadar laju memenanginya namun tiada kemanisannya..wallahualam...

*ketika lelah..ambil lah nafas seketika dan selepas rehat teruskan perlumbaan anda...insyAllah.


 

Dah Lengkap! Lego Ferrari Shell Cars :)

Salam & Selamat Malam Semua :D


"agak...Kacak kan?"


haha..posting ini bukan ape sangat..just pagi tadi dah lengkap semua koleksi lego ferrari shell ini (minifig tak di sertakan di dlm pic ini). if ada duit lebih nanti bole la pula cari petrol pump lego pula atau bengkel keta pula..haha baru lengkap diorama bab keta ini :). harap shell dpt venture lagi dengan lego untuk keluarkan pelbagai lagi variasi lain (maybe mini petrol pump kot?), lego juga harus venture juga other car brands kerna memang ramai sebenarnya manusia di muka bumi yang collect keta2 kecik macam ini :D