Followers

Showing posts with label photoshop. Show all posts
Showing posts with label photoshop. Show all posts

Monday, November 12, 2012

Car Design Rendering Tutorial #01

Salam & Selamat Malam Semua :D

untuk entry kali ini saya paparkan teknik dan cara progress rendering/mewarnakan/melukis sebuah kereta yang juga pernah saya paparkan di group Autostylista pada tahun lepas rasanya. cuma entry ini lebih jelas dan di kemas kini :). hasil kerja ini di buat sepenuhnya di dalam Adobe Photoshop CS3 namun versi lain juga boleh. :)

aha...jangan lupa lawati page facebook saya ok :D (click sini yer)

tutorial ini di dalam  bahasa melayu, please translate it into English if you are preferring English as a your main language medium. 


Langkah Pertama:
1. sketch kereta itu menggunakan pen tool dengan brush stroke seperti tutorial sebelum ini. bagi memudahkan tugasan mewarnakan maka di harap setiap hujung garisan itu bertemu dan tertutup agar mudah tugasan memenuhkan warna (color fill in) 

Langkah Kedua:
1. masukan warna asas pada lineart tadi. di sini saya telah memilih warna merah sebagai warna asas saya. jangan lupa ini harus di lakukan pada layer baru di atas layer lineart di atas, namakan layer warna asas ini "base color".
2. warnakan juga bahagian2 seperti cermin besar atas itu, di sini saya gunakan fungsi gradient agar saya awal-awal dapat merangka dari mana sumber cahaya itu datang untuk memudahkan tugasan "hiliting" (mencerahkan kawasan yang timbul). 

3. pada gambar ini saya telah selesaikan mewarnakan hampir semua bahagian yang perlu. cuma pada lampu belakang itu saya biarkan dahulu kerana saya mahu warnakan ia pada peringkat "detailing". di sini juga saya telah ter-hilitekan sedikit bentuk lampu hadapan itu. 

Langkah Ketiga:
1. ini adalah peringkat "hilite" ia itu menaik serikan atau menjelaskan kawasan mana yang seharusnya lebih cerah terhadap hala tuju cahaya dan juga pantulan cahaya pada permukaan kereta ini.
2. di sini saya menggunakan setting "airbrush" dengan warna putih untuk tujuan hilite. haruslah di ingati bahawa ini perlu di lakukan pada layer baru di dalam list layer photoshop anda itu dan diberikan nama "hilite" untuk memudahkan pengendalian nya.
3. sila gunakan fungsi masking daripada pen tool line creation untuk kekemasan meng-hilite-kan kereta ini. 

Langkah KeEmpat:
1. Ini adalah peringkat "shadowing" layer atau refleksi bayangan. Buat satu layer baru ini untuk tujuan mewarnakan kawasan yang gelap (dimana ianya berlawanan dgn kawasan bercahaya terang).
2. di sini saya menggunakan opacity yang rendah pada berus airbrush saya itu kerana konsep keseluruhan mewarnakan kereta ini agak cerah. oleh itu ia tiadalah kawasan terlalu gelap melainkan pada bahagian dalam pada tayar dan grill kereta ini.
3. di dalam interior kereta ini saya telah memberikan sedikit bayangan kerusi dan dashboard top agar ianya lebih realistik kononnya.

Peringkat Akhir:
1. Ini adalah peringkat "detailing" ataupun keperincian. layer baru juga harus di lakukan untuk tujuan ini  bagi memudahkan pengendaliannya.
2. banyak perkara yang saya tampal dan crop dari gambar lain untuk tujuan persembahan rendering ini seperti mesh grill di hadapan hood dan bumper itu, rim rekaan di dalam software 3D (rekaan saya 100%), inner part lampu hadapan yang di copy dan crop dari lampu racing golf dan juga topmark Logo Proton itu.
3. apabila sudah tugasan menampal dan mengkemaskini kan tampalan itu maka saya buatkan satu layer baru demi reka dan melukis side miror berefekkan karbon fiber itu. efek karbon fiber ini juga saya aplikasikan pada bumper hadapan itu.
4. sesudah siap melukis/rendering ini maka bolelah menambah background yang bersesuaian seperti pada gambar terakhir di bawah ini :)

sekian terima kasih, jikalau ada pertanyaan silalah komen or PM saya :)






Friday, November 9, 2012

Tutorial Pen Stroke (Adobe Photoshop)

Salam dan Selamat Malam semua :)

ini adalah tutorial "pen stroke" atau lebih tepat Pen Tool + Brush Stroke. tutorial ini akan memberikan pencerahan akan bagaimana untuk menghasilkan garisan seperti lukisan tangan di dalam perisian Adobe Photoshop (tak kira apa versi pun insyallah).

kebanyakan kesemua rendering digital saya menggunakan fungsi/skill asas ini untuk menghasilkan garisan yang bagaikan stroke/garisan tangan yang munasabah. tidak kira adakah anda menggunakan input seperti mouse atau pun tablet sensor (tablet android juga bole digunakan) seperti brand Wacom ianya bole di set kan mengikut kesusuaian (pen pressure sensitivity feature)

oleh itu ini lah tutorialnya :) dan ianya di dalam dwi bahasa.

Part 1.

A:
0. click the pen tool icon to use this feature. Klik icon “pen tool” untuk gunakan ciri ini.
1. right click to start an anchor for it to create a line. Klik kanan (pada mouse) untuk mulakan petanda “anchor” bagi membuat satu garisan.
2. while holding the right click you can create curves. Ketika menekan klik kanan itu anda bole membuatkan garisan (jangan lepas klik kanan itu…hehe nakal kan bunyi klik kanan..haha)
3. another right click ends the line. Klik kanan sekali lagi untuk matikan garisan itu.

B:
1. click the brush icon. (make sure u pick the color that u want to use for this line/brush). Klik icon “brush” pula, pastikan anda telah memilih warna apakah untuk garisan yang akan terhasil nanti.
2. left click on the plate then the brush template selection appears. pick ur type of brush here. Sila klik kiri pada paparan kanvas itu dan template brush (pemilihan jenis berus) akan terpapar. Pilihlah jenis berus kesukaan/sesuai dengan niat nuraini anda.
3. remember to determine what is ur brush thickness here. Jangan lupa untuk pastikan ketebalan/besar berus yang anda mahu gunakan.

C:
1. again back to the pen tool icon then right click it again. Kembali kepada fungsi pen tool itu dengan menekan klik kanan pada icon nya.
2. while in pen tool use, left click the mouse then an action window shall appear. choose the "stroke path" action. Ketika di dalam mode pen tool sila klik kiri mouse anda dan satu paparan aksi (hehe..sy gelak guling2 time translate ini..huhu) akan keluar dan sila lah pilih aksi “stroke path”.







Part 2.


D:
1. when u pick the "brush stroke" (by left click) action there will a stroke path pop-up appear. Dengan menekan klik kiri satu paparan “stroke path” akan keluar.
2. click OK at the stroke path pop-up. remember to also click "simulate pressure" option to create a much better stroke action. Sila klik OK (klik kanan) pada paparan itu dan juga jangan lupa klik kanan pada “simulate pressure” untuk mencipta aksi stroke  yang lebih baik dan elok.


E: here you go, a nice curve that follows the curve of the pen tool line that u created. Maka terjadilah satu garisan stroke yang mengikuti garisan ciptaan daripada fungsi “pen tool” sebentar tadi.


F:
1. after u have seen the brush stroke applies to the pen tool lines you just have to delete that pen tool line by left clicking the mouse to choose (action number 2) to delete it. Setelah terhasil garisan stroke itu, garisan pen tool itu masih jelas ada dan ianya haruslah di hilangkan (delete). Sila klik kiri (ketika masih pada fungsi pen tool) dan sila pilih aksi ke dua ia itu “delete Path” agar garisan itu terhapus.
2. click "delete path" to del it and u are done. Klik “delete path” itu untuk hapuskannya dan maka ia siaplah.



*you have do to this every time u create such stroke lines as this if not it the lines would be still be active and cross usage with other tool bar feature that u use. Anda harus lakukan ini tiap kali anda mencipta garisan pen-stroke (delete pen tool path itu) kerana ia pasti mengangu fungsi lain photoshop itu. 






Part 3.

Question: i have done the brush stroke using the pen tool feature but my the stroke are quite not what i want it, the edges of the stroke is blunt or too thick. Saya telah Berjaya mengunakan arahan tutorial ini dan garisan stroke saya telah terhasil, namun garisan saya itu tidaklah seperti saya mahukan di mana garisan itu terlalu tebal dan hujungnya terlalu halus/tebal. Bagaimana untuk selesaikan masalah ini?


Answer: you have to adjust the brushes setting at the brush set window (click right number 2) and adjust it in action 3 & 4. try to play and test these setting to get what kind of brush stroke or stroke effects that u prefer. Anda haruslah memperbetulkan ketetapan berus itu (brush setting) pada “brush set window” seperti yang tertera pada gambar contoh ini. Perbetulkan ketetapan berus anda itu seperti di tunjukan pada aksi 3 & 4 itu, selepas itu ulangi tutorial ini untuk melihat adakah itu hasil yang anda mahukan. Cubalah beberapa kali untuk mengenal pasti fungsi2 di brush set window itu J

*please ask if there is any other question either in Bahasa Melayu or English :), i will be please to help. Jikalau ada sebarang pertanyaan tak kira di dalam bahasa melayu atau English sila lah komen terus k..
J